Blogger Widgets

Cari Resepi di Sini

Ahad, 25 November 2012

NASI AYAM MADU


sesiapa yg xde lgi resepi nasi ayam, boleh try nasi ayam madu yg mmg sedap..

resepi Nasi Ayanm Madu..

Bahan2 rebusan

1 ekor ayam..(potong 4)..jgn buang kulit ok
6 ulas bawang putih..(diketuk)
4 inci halia (diketuk)
1 kiub ayam/ 2 sudu besar Tumix ayam(sy guna Tumix)
garam

Bahan2 Perap..

4 sudu besar kicap manis( kipas udang, Jalen, Adabi)..lain jenama pn ok..
4 sudu besar sos tiram ayam( kalau sos tiram biasa pn ok)
2 sudu besar madu
sedikit minyak bijan/minyak sayuran/minyak jagung

ayam direbus dalam periuk besar, masukkan halia, bawang putih, tumix atau kiub ayam dan garam( hingga empuk)
toskan ayam, perap dengan kicap manis, sos tiram,madu dan sedikit minyak (perap antara 10-15 minit
ayam perapan tadi boleh lh digril atau goreng(sy lebih suka gril sebab dpt mngekalkn kelembapan ayam..masih brjus)
setelah msk..dipotong kecil2..titikkn sedikit sos kicap n minyak bijan(sikit sj utk nmpak brkilat) n hidangkan

Bahan2 Sup

stok ayam, rebusan ayam tdi ditapis n panaskan..(satu mangkuk besar, mangkuk nasi) klau suka boleh tambah sayur2an sprti karet, kentang(potong dadu2 kecil2..
daun saderi dan daun bawang(hiris halus2)
bawang goreng
garam jika perlu(secukup rs lh ye)
masukkan dlm mangkuk dan taburkan hirisan daun sup n sedikit bawang goreng

Bahan Nasi

air rebusan ayam..secukupnya utk masak nasi
4 cawan beras..basuh n toskan
5 ulas bawang putih(ditumbuk)
3 inci halia(ditumbuk )
sedikit garam(jika perlu)
2 sudu besar marjerin/ 4 minyak masak(ikut suka)
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit pewarna kuning/ sedikit serbuk kunyit(ikut suka) sy suka guna pewarna kuning
4 helai daun pandan


panaskn marjerin/minyak, masukkan bhn tumbuk, tumis hingga kekuningan dan wangi, kemudian masukkan daun pandan
tuang tumisan ke dalam beras yg sudah dibasuh dalam periuk nasi, masukkan air rebusan ayam secukupnya, pewarna kuning, minyak bijan dan garam secukupnya(jika perlu)

Bahan Sos

4 tangkai cili merah(sederhana besar)
6 biji cili api(ikut kesukaan, jika nk lebih pedas, boleh lebihkn)
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit cuka(ikut kesukaan )
5 sudu besar rebusan ayam
2 sudu besar sos cili
sedikit gula dan garam
semua bhan sos tadi diblend

Bahan sos kicap

2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap masin
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar madu
kacau sebati semua bhn sos kicap n panaskn

Bahan Hiasan

salad
timun
tomato





SLMT MNCUBA

MMSK DGN PENUH KSH SYG BUAT YG TRSYG N TRCINTA

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...