Blogger Widgets

Cari Resepi di Sini

Ahad, 25 November 2012

KASWI PANDAN BERLEMAK



RESEPI

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
2 cawan air perahan daun pandan
1 cawan gula pasir(ikut suka, klau nk manis boleh tmbah)
1 biji telur
1 sudu kecil air kapur sirih
sedikit pewarna hijau.

utk hiasan

parutan kelapa(agk muda)
secubit garam

Cara membuatnya

1- Mula-mula, panaskan pengukus
2-campurkn semua bhn dlm mangkuk dan dikacau rata sehingga tidak bergentel...(sy blend sekejap je)
3- Kemudian adunan tersebut ditapis
4- Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak
5- Kukus selama 20 - 25 minit. Penutup pengukus dibalut kain agar air kukusan tidak terkena kaswi.
6- Bila kaswi sejuk, boleh le dipotong dan digolekkan ats kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. (kelapa boleh jg dikukus sebentar)

taraaa siap...jemput mkn jgn malu2...

SELAMAT MENCUBA


MEMASAK DGN PENUH KASIH SYG BUAT YG TRSYG N TERCINTA

***kaswi pandan ni, boleh jg dibuat tanpa mnggunakn santan n telur..klau mnggunakn santan, jdi le kaswi pandan berlemak..klau x nk gunakn santan xyah le masukkan telur..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...